Roche Malaysia Raises fund for Children Malay

Press Release- Children's fund -Malay

SIARAN AKHBAR

Untuk Siaran Segera

ROCHE MALAYSIA MENGUMPUL DANA UNTUK KANAK-KANAK PENGHIDAP HIV DARI RUMAH SOLEHAH

 

PETALING JAYA, 9 Julai 2019 – Kira-kira 100 kanak-kanak, penjaga, sukarelawan dan ahli keluarga dari Rumah Solehah menikmati tayangan filem "Spiderman: Far From Home" di pawagam, dianjurkan oleh warga Roche Malaysia. Acara ini adalah bersempena dengan amalan tanggungjawab sosial korporat tahunan Roche - Roche Children's Walk – iaitu acara yang dijalankan oleh para pekerja untuk membantu memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Tayangan filem amal adalah antara kegiatan pengumpulan dana yang dianjurkan oleh para pekerja untuk mengumpulkan dana bagi anak-anak dari Rumah Solehah yang kurang bernasib baik yang dijangkiti HIV. Pada tahun ini, lebih 700 orang pekerja dari kumpulan Roche di Malaysia yang terdiri daripada pusat perkhidmatan farmaseutikal, diagnostik dan perkongsian perkhidmatan telah berjaya mengumpul RM50,800 untuk Rumah Solehah.

 

Roche Children's Walk ialah projek warga syarikat Roche di seluruh dunia. Tahun ini, tema bagi hari yang digerakkan oleh warga kerja adalah We are Roche – “Let’s go!" Ini merupakan hari bagi setiap individu di Roche untuk melibatkan diri dalam tanggungjawab sosial dan memberikan sumbangan bermakna untuk meningkatkan kehidupan kanak-kanak. Sejak 16 tahun lalu, warga Roche di seluruh dunia telah menganjurkan satu hari acara untuk mengumpul dana bagi inisiatif kanak-kanak. Sejak acara bermula pada tahun 2003, lebih daripada 18 juta Swiss Franc telah berjaya dikumpulkan untuk menyokong projek amal di lebih daripada 75 komuniti di seluruh dunia.

 

"Kami gembira kerana dana yang dikumpulkan untuk Rumah Solehah dapat membantu kanak-kanak untuk mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Kanak-kanak ini memerlukan kasih sayang, penjagaan dan perhatian daripada komuniti dan bukannya dijauhi kerana keadaan mereka. Kami akan meneruskan sokongan kami kepada kanak-kanak ini menerusi sukarelawan Roche yang akan melawat rumah tersebut untuk melihat keperluan mereka," kata Lance Duan, Pengurus Besar, Roche (Malaysia) Sdn Bhd, semasa majlis penyampaian cek di Kampus Universiti Taylor's Lakeside. Lance menambah, kekuatan gabungan farmaseutikal dan perkhidmatan diagnostik Roche menjadikan Roche sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan peribadi - strategi yang bertujuan untuk memenuhi rawatan yang tepat kepada setiap pesakit dengan cara yang terbaik. "Roche Malaysia juga telah melancarkan program tanggungjawab korporat - Roche Cares – sebuah model pembayaran bersama yang inovatif. Dalam model ini, Roche bekerjasama dengan hospital swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGOs) untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses ubat-ubatan Roche pada harga yang jauh lebih rendah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup mereka," katanya

 

Rumah Solehah ialah rumah persinggahan bagi wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti HIV/AIDS. Sejak penubuhannya pada tahun 1998, ramai wanita dan kanak-kanak berupaya meneruskan kehidupan mereka sendiri.  Rumah amal ini percaya bahawa HIV/AIDS adalah perjuangan untuk bertahan dan menjalani kehidupan yang hampir normal. Kanak-kanak dan wanita ini memerlukan galakan, motivasi dan pemikiran positif. Para sukarelawan dan jurulatih membantu anak-anak yang dijauhi oleh masyarakat ini, untuk kembali kepada masyarakat seperti anak-anak biasa. Rumah itu juga meneliti keperluan ubat dan vitamin harian kanak-kanak.

 

Sewaktu menerangkan lebih lanjut tentang Roche Children's Walk, Martin Kikstein, Pengurus Besar Roche Services (Asia Pasifik) Sdn Bhd berkata, "Dana yang dikumpulkan di Malaysia akan dipadankan oleh syarikat untuk inisiatif global kami melalui ‘Roche Employee Action and Charity Trust (Re&Act), iaitu badan amal bebas yang sah.  Re&Act bekerjasama dengan pelbagai organisasi, seperti UNICEF dan ActionAid Malawi, untuk menyokong program pendidikan dan kesihatan kanak-kanak di negara-negara membangun. Inisiatif bersama yang disokong oleh Roche Children's Walk termasuk: pendidikan, pemakanan, penjagaan kesihatan utama dan program perkembangan sosial."

 

"Dana daripada pekerja Roche akan digunakan untuk meneruskan penjagaan harian bagi kanak-kanak untuk kesejahteraan, pendidikan dan latihan dalam bidang vokasional. Kami juga mempunyai program bantuan di mana kami melawat lebih dari 20 rumah persendirian yang menempatkan kanak-kanak yang menghidapi HIV/AIDS dan dana ini akan membantu mereka dalam menyediakan keperluan asas dan memastikan mereka meneruskan keperluan persekolahan dan pendidikan mereka. Kami juga akan menggunakan dana untuk melatih kakitangan dan sukarelawan kami untuk menangani aspek psikososial kanak-kanak," kata Matron Fadzilah Abdul Hamid, Ketua Rumah Solehah.

 

Mengenai Roche

Roche merupakan perintis global dalam bidang farmaseutikal dan diagnostik, yang bertumpuan kepada usaha untuk meneraju ilmu sains untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan manusia. Kombinasi farmaseutikal dan diagnostik yang kukuh di bawah satu bumbung telah menjadikan Roche di antara yang tampil sebagai pemimpin dalam penjagaan kesihatan secara peribadi – strategi yang bertujuan untuk menyesuaikan rawatan dengan setiap pesakit menerusi cara yang terbaik mungkin.

 

Roche merupakan salah satu syarikat bioteknologi terbesar di dunia yang menghasilkan ubat-ubatan yang berbeza, dalam bidang onkologi, imunologi, penyakit berjangkit, oftalmologi dan penyakit-penyakit sistem saraf pusat. Roche juga merupakan salah satu pemimpin dunia dalam bidang diagnosis in vitro dan diagnosis kanser berdasarkan tisu dan bertempat di barisan hadapan dalam pengurusan diabetes.

 

Ditubuhkan pada 1896, Roche meneruskan penemuan cara yang lebih baik untuk mencegah, mendiagnosis dan merawat penyakit dan memberikan sumbangan lestari kepada masyarakat. Syarikat ini juga berusaha gigih untuk meningkatkan akses pesakit kepada inovasi perubatan melalui kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan. Dua puluh sembilan ubat yang dicipta oleh Roche telah dikandungkan ke dalam Senarai Model Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, termasuk antibiotik penyelamat nyawa, ubat antimalaria dan ubat kanser. Roche telah diiktiraf oleh Indeks Kelestarian Dow Jones sebagai Pemimpin Kumpulan dalam kelestarian Industri Farmaseutikal, Bioteknologi & Sains Hayat selama lapan tahun berturut-turut.

 

Kumpulan Roche, beribu pejabat di Basel, Switzerland, bergiat di lebih 100 buah negara dan pada tahun 2016 mencatat lebih 94,000 kakitangan di seluruh dunia. Pada tahun 2016 juga, Roche melabur CHF 9.9 bilion dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dan mencatat jualan CHF 50.6 bilion. Genentech di Amerika Syarikat ialah ahli kumpulan milik penuh Kumpulan Roche. Roche memegang saham terbesar dalam Chugai Pharmaceutical di Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.roche.com

 

Roche berada di Malaysia sejak tahun 1950-an, dimana penjualan dan pengedaran produknya dikendalikan oleh pengedar pihak ketiga. Semenjak itu, Roche telah menubuhkan operasi yang meliputi Roche (Malaysia) Sdn. Bhd., perniagaan farmaseutikal, Roche Diagnostics (M) Sdn. Bhd. Dan Roche Services (Asia Pacific) Sdn. Bhd., pusat perkhidmatan berkongsi. Dengan jumlah kekuatan kakitangan melebihi 700 orang, Roche telah berkembang menjadi salah satu syarikat farmaseutikal terkemuka di Malaysia yang memberi penyelesaian penjagaan kesihatan holistik kepada para pengamal perubatan dan para pesakit. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.roche.com.my

 

Mengenai Roche Children's Walk: Hari yang diperkasakan oleh pekerja

Roche Children's Walk adalah projek istimewa global syarikat. Sejak acara jalan kaki amal pertama syarikat pada tahun 2003, lebih daripada 220,000 orang pekerja Roche telah mengambil bahagian, mengumpul lebih daripada 18 juta Swiss Franc. Semua wang yang dikutip oleh pekerja, nilainya dipadankan oleh Roche dan digunakan untuk menyokong usaha bagi kanak-kanak tempatan dalam komuniti di mana Roche beroperasi, serta di negara-negara membangun seperti Malawi, Ethiopia dan Filipina. Dana digunakan untuk NGO tempatan atau disalurkan menerusi Roche Employee Action and Charity Trust (Re&Act), iaitu sebuah badan amal bebas yang sah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.react.roche.com.

 

Semua tanda dagangan yang digunakan atau disebutkan dalam siaran ini dilindungi oleh undang-undang.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Zulfadli Yusmar ([email protected]) atau Aiden Pang ([email protected]) di 03 - 79821750/51.

NPM-MY-0175-0719

 

All trademarks used or mentioned in this release are protected by law.

 

For media queries, please contact us at [email protected]